MANFAAT BAWANG PUTIH SEHINGGA ORANG SANGGUP MAKAN MENTAH

nah !! yang macam kakak janji kan.. nak borak pasal BAWANG PUTIH yang berbau mencengkam hidung tu.. hee~ kalau ikut survey yang kakak buat secara tak sengaja, memang ramai peminat bawang putih ni rupanya DAN tak kurang jugak yang memang tak lalu bila ade bawang putih menyorok dalam makanan mereka..




sape yang tak lalu nak makan bawang putih ? 

meh sep ngan kakak meh !! hee~ "sep sket !!"

bukan kepada rasanya tapi lebih kepada bau bawang putih tu sendiri yang buat kakak tak lalu nak telan apatah nak mengunyah.. kalau dulu nak pesan pape makanan kat kedai makan, mesti kakak selitkan pesanan khas..

"jangan letak bawang putih kalau tak saya pulangkan balik order.."

ye !! macam mengada-ngada tapi kakak sampai tahap boleh muntah bila bau bawang putih.. hee~ 

rupanya !! 

dalam bawang putih ade allicin yang bersifat antioksidan dan mempunyai kemampuan untuk menjadi antibakteria dan antivirus..

wah !!

seriously ???? 

haa.. rupanya dari zmaan tok nenek kita dulu dorang dah amalkan pemakanan bawang putih ni untuk menyembuhkan beberapa penyakit seperti diabetes, menurunkan kolesterol sampai la merawat masalah pencernaan.. kira bawang putih ni memang tyco la kalau nak dibandingkan dengan bahan masakan lain yang de kat dapur tu..

nah !! kakak tambah lagi 5 kelebihan BAWANG PUTIH yang kalau korang amalkan boleh jadi ubat semulajadi dan menguatkan sistem imun badan korang..


1 : UBAT ASMA


  • kunyah sehingga lumat beberapa ulas bawang putih dapat mengurangkan kontraksi pernafasan kerana bawang putih mengandungi vitamin C yang mampu menuteralkan  radikal bebas..

2 : KESIHATAN TULANG

  • khas untuk wanita yang sukakan bawang putih ni memang BONUS besar la sebab ianya mampu meningkatkan kesihatan tulang dek akibat berkurangnya hormon estrogen seiring dengan penambahan usia..
  • ada sesetengah pakar kata, bawang putih dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang.. osteoporosis ? dapat diatasi kalau boleh konsisten mengunyah bawang putih mentah.. hee~

3 : MENYIHATKAN JANTUNG

  • bawang putih yang bersifat antiradikal bebas ni memang best kalau diamalkan oleh pesakit jantung ( korang sedia tahukan punca sakit jantung ni bila salurang darah nak ke jantung tu tersumbat jadik jantung tak boleh nak pam darah dengan baik.. ) kalau bawang purith tu dijadikan menu utama setiap kali nak makan, dalam masa yang sama ia dapat membantu pengaliran darah yang sempurna tanpa tersekat sekat..

4 : MENGATASI RADANG TEKAK





  • bawang putih memang merupakan ubat terbaik untuk mengatasi radang tekak kerana sifat antibakteria bawang putih itu sendiri mampu mengurangkan infeksi kat tekak tu dlaam bahasa mudah sikit la kan, bawang putih tu sendiri membantu melancarkan masalah pada saluran pernafasan yang sedikit sebanyak bila ianya terganggu akan menyebabkan keradangan pada tekak..

5 : MELAWAN ALAHAN

  • dengan sifat anti inflamasi yang dapat melawan alahan menjadikan bawang putih pilihan utama pengamal makanan alami untuk menghilangkan rasa kegatalan ruam dengan cara bawang putih tu dijadikan jus.. huwaa-- gagah nye nak minum jus bawang putih.. hee~


BONUS !!!

khasiat allicin yang ade kat dalam bawang putih tu kan dapat menjadi pengawal nafsu makan dan benda ni dah terbukti menerusi kajian dan penelitian dari Weizman Institute..




selain dari merawat diabetes, mengawal paras kolesterol dan memelihara kesihatan jantung, allicin ni memang makanan terbaik untuk sesape nak kurus.. woah !! macam tak percaya.. serius susah nak percaya..

TAPI !!

allicin dlaam bawang putih tu mudah sangat la  rosak dan berubah zat apabila dimasak ( macam tumis ke, goreng ke, rebus ke.. pape jek la yang kegunaan seharian kita..) dan menjadikan enzim yang menghasilkan allicin pada bawang putih MATI..

dah tu ?? kena la kunyah bulat bulat bawang putih tu.. hee~ gagah ke korang ? serius.. kakak tak segagah itu..

nanti kakak sambung lagi pasal ALLICIN BAWANG PUTIH ni ye.. ye.. hee~ kakak nak keluar g COD barang.. nanti tertunggu plak customer kakak..



LOVE ;

No comments:

Powered by Blogger.